SEKOLAH AGAMA LADANG YPJ. KM 18, JALAN KULAI-KOTA TINGGI, K.B. 510, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

Islamic Widget

Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Sempena sambutan Hari  Guru 2011, sekolah telah mengadakan aktiviti bebas dengan mengadakan sukaneka antara guru dan murid. Setelah penat bermain, guru menjamu murid dengan sedikit jamuan. Sedikit gambar disertakan sempena Sambutan Hari Guru tersebut.





Monday, May 9, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN DARJAH KHAS

Majlis Konvokesyen Darjah Khas untuk pelajar Darjah Khas Tahun 2010 bagi Zon Bukit Besar akan diadakan pada hari Ahad, 15 Mei 2011 bertempat di Sekolah Agama Felda Bukit Besar.
Majlis akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Halimah Bte Mohamed Sadique, Ahli Parlimen Tenggara. Seramai 69 pelajar  akan menerima sijil pada Majlis konvokesyen ini. Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang belajar di Sekolah Agama Felda Bukit Besar, Sekolah Agama Felda Bukit Ramun, Sekolah Agama Felda Pasir Raja dan Sekolah Agama Felda Sungai Sayong.

Saturday, March 5, 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H

Sambutan Maulidurrasul 1432H Sekolah Agama Ladang YPJ akan diadakan pada hari Rabu, 9 Mac 2011. Majlis akan dimulakan dengan acara penyampaian hadiah kecemerlangan akademik 2010. Majlis dibuat bersekali dengan sambutan Maulidurrasul Masjid Jamek Ladang YPJ dan sebagai pengisian, Tuan Haji Mohd Zaini Bin Abd Hamid, Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi, Unit Pengurusan Sekolah akan menyampaikan ceramah. Majlis akan bermula jam 6.30 petang.

Tuesday, February 1, 2011

PENYERAHAN PENYATA SUWA 2010

Penyata SUWA 2010 hendaklah diserahkan ke PPAD pada 10 Feb 2011. Pastikan ianya lengkap dengan sempurna dan dalam 3 salinan.

SPK: LELONGAN KITAB

Lelongan Kitab peringkat daerah akan diadakan pada 9 Feb 2011 di PKGA Kota Tinggi.

Thursday, January 27, 2011

GURU BERPINDAH

Guru Penolong, HAIRANI BTE MOHD YUSOF telah diarahkan berpindah ke Sek. Agama Felda Pasir Raja melalui surat bertarikh 3 Jan 2011.

Saturday, January 15, 2011

KEPUTUSAN SDEA 2010

Alhamdulillah, SALYPJ masih dapat mengekalkan pencapaian keputusan 100% dengan semua matapelajaran lulus. Pelajar terbaik sekolah ini bagi SDEA 2010 ialah NUR FARHANA BTE FAUZAHAR dengan GPS 1.78. Tahniah.