SEKOLAH AGAMA LADANG YPJ. KM 18, JALAN KULAI-KOTA TINGGI, K.B. 510, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

Islamic Widget

PROFIL


GURU-GURU SEK. AGAMA LDG YPJ

 
 HJ ISMAIL BIN HJ PENACHOK
Guru Besar

 MAZILAH BTE NIA'MAT
GPK Akademik/Kokurikulum

  SITI NORINDAH BTE SAHUDI
GPK H.E.M.



 _____________________
  
VISI
SEKOLAH AGAMA  LADANG YAYASAN PELAJARAN JOHOR
AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM
AKADEMIK DAN AKHLAK ISLAMIAH
 _____________________
  
MISI
MENDIDIK DAN MEMBERI KEFAHAMAN ILMU ISLAM 
AGAR DAPAT MELAHIRKAN GENERASI MUSLIM 
YANG CEMERLANG DAN TERBILANG

 _____________________

PIAGAM PELANGGAN

SEMUA MURID AKAN MENDAPAT PELAJARAN AGAMA ISLAM 
YANG SECUKUPNYA SEBELUM USIA 13 TAHUN 
SEBAGAI PEDOMAN HIDUP MEREKA
 
 _____________________

 LATAR BELAKANG

 
Sekolah ini mula di buka pada 16 April 1996 dengan seorang guru menunggal. Sekolah ini ditubuhkan setelah mendapat permohonan dari pihak pengurusan Ladang Yayasan Pelajaran Johor kerana sebelum ini, anak-anak pekerja ladang ini terpaksa bersekolah di luar kawasan iaitu samada di Sekolah Agama Felda Bukit Besar atau yang sekitarnya. Dengan tertubuhnya sekolah ini, pihak ladang telah memberikan bangunan Balairaya yang sedia ada untuk dijadikan sebagai bangunan Sekolah Agama Ladang Yayasan Pelajaran Johor. Bangunan ini telah diubahsuai untuk membolehkan tiga kelas dijalankan pada satu-satu masa dengan membuat penghadang sementara. Sementara itu, bilik-bilik kecil di bangunan ini telah dijadikan sebagai sebuah pejabat pentadbiran dan sebuah musolla.