SEKOLAH AGAMA LADANG YPJ. KM 18, JALAN KULAI-KOTA TINGGI, K.B. 510, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

Islamic Widget

Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Sempena sambutan Hari  Guru 2011, sekolah telah mengadakan aktiviti bebas dengan mengadakan sukaneka antara guru dan murid. Setelah penat bermain, guru menjamu murid dengan sedikit jamuan. Sedikit gambar disertakan sempena Sambutan Hari Guru tersebut.





Monday, May 9, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN DARJAH KHAS

Majlis Konvokesyen Darjah Khas untuk pelajar Darjah Khas Tahun 2010 bagi Zon Bukit Besar akan diadakan pada hari Ahad, 15 Mei 2011 bertempat di Sekolah Agama Felda Bukit Besar.
Majlis akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Halimah Bte Mohamed Sadique, Ahli Parlimen Tenggara. Seramai 69 pelajar  akan menerima sijil pada Majlis konvokesyen ini. Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang belajar di Sekolah Agama Felda Bukit Besar, Sekolah Agama Felda Bukit Ramun, Sekolah Agama Felda Pasir Raja dan Sekolah Agama Felda Sungai Sayong.